Pengumuman Penting : Urusan Kemasukan Pelajar Baru ke Universiti-Universiti di Mesir
August 26, 2014

Pengumuman Penting : Urusan Kemasukan Pelajar Baru ke Universiti-Universiti di Mesir
Assalamualaikum wbt
Education Malaysia Egypt (EME) mengingatkan bahawa semua urusan kemasukan pelajar baru ke universiti-universiti di Mesir adalah diuruskan secara terus melalui Bahagian Education Malaysia (BEM) Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia secara atas talian atau online dan dipanjangkan kepada EME untuk diuruskan dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.
Sehubungan itu, EME ingin menegaskan bahawa TIDAK ADA sebarang individu atau agen yang dilantik oleh pihak kementerian bagi menguruskan kemasukan pelajar ke Mesir. Begitu juga dengan pengeluaran dan penerimaan sebarang surat tawaran atau offer latter tidak ada kaitan dengan sebarang bukti pengesahan belajar di Mesir.
Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan mengubungi Bahagian Education Malaysia (BEM) jika terdapat kemusykilan dan pertanyaan ditalian 03 88706627 boleh diajukan terus kepada pihak EME di talian +2 0237622395 atau melalui emel kepada imran@eme.net.eg/ shell76park@yahoo.com
Pihak EME tidak akan bertanggungjawab terhadap masalah yang menimpa pelajar disebabkan ketidakpatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
Sebarang implikasi dan kesan yang berlaku adalah tanggungjawab ibubapa atau pelajar sendiri.
Sekian terima kasih




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018