EME ADAKAN LAWATAN KE NAHDA UNIVERSITY BANI SUEF
July 7, 2018
|




5 JULAI 2018 : Education Malaysia Egypt (EME) hari ini telah mengadakan lawatan ke Nahda University Bani Suef (NUB), yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Kaherah.
Rombongan EME yang diketuai En. Aizal Bin Anual, Menteri Penasihat (Pendidikan) telah disambut oleh Presiden NUB Prof. Dr. Hossam El Malahy dan Timbalan Presiden, Dr. Dalal Abo El-Eala. Turut hadir mewakili EME, En. Ahmad Buhairi Nawawi, Setiausaha Kedua (Pendidikan).
Tujuan lawatan tersebut antara lain adalah untuk meninjau bentuk kerjasama atau kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara EME dan NUB serta berkongsi maklumat berhubung sistem pendidikan tinggi di Malaysia dan Mesir. Dengan maklumat yang diperoleh, EME akan menyalurkannya kepada institusi di Malaysia yang berpotensi mengadakan kolaborasi dengan NUB.
Dalam lawatan tersebut wakil EME telah dibawa melawat beberapa buah fakulti seperti fakulti farmasi, fakulti penyiaran, hospital pergigian berserta beberapa kemudahan lain di universiti berkenaan.




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018