MAKLUMAT SEWAAN BILIK
MAKLUMAT SEWAAN BILIK DI DEWAN MALAYSIA ABBASIAH KAHERAH (DMAK)
1. Sewaan hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia sahaja.
2. Perkhidmatan di DMAK adalah berasaskan konsep ASRAMA.
3. Keutamaan sewaan adalah diberikan kepada PELAJAR Malaysia yang sedang menuntut di Mesir yang memiliki kad pelajar EME.
4. Penginapan adalah terhad kepada tujuan TRANSIT sahaja.
5. Tempahan penginapan seawal dua (2) minggu sebelum tarikh masuk (check-in) adalah digalakkan tertakluk kepada kekosongan bilik.
6. Tempahan penginapan akan diproses selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh masuk (check-in). Jika tempahan dibuat kurang dari tempoh tiga (3) hari, maka permohonan tidak akan diproses.
7. Selepas tempahan "online" dibuat, anda dikehendaki menghantar emel ke untuk mendapatkan
pengesahan tempahan diterima atau tidak.
8. Tempoh maksimum sewaan hanya TUJUH HARI sahaja. Perlanjutan tempoh penginapan adalah berdasarkan kepada kekosongan bilik dan kelulusan Pengarah EME.
9. Bilik kelamin juga disediakan di Bilik Tamu Aras 2 tetapi pasangan lelaki hanya dibenarkan menggunakan bilik air/mandi di Aras 3. Manakala pasangan perempuan mengguna bilik air/mandi di Aras 2.
10. Bilik-bilik Tamu di Aras 2 adalah terhad kepada tetamu / pelajar perempuan manakala di aras 3 adalah untuk tetamu/pelajar lelaki.
Tetamu lelaki (bujang) TIDAK DIBENARKAN berada di Aras 2 dan juga sebaliknya.
11. Waktu pendaftaran masuk bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Untuk pendaftaran masuk selepas jam 6.00 petang, pihak DMAK hendaklah dimaklumkan lebih awal.
12. Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan seawal 48 jam kepada pihak pentadbiran DMAK.
13. Tempahan penginapan akan dibatalkan sekiranya ada keperluan oleh pihak Kementerian/kedutaan/EME.
14. Kadar sewa bilik adalah seperti berikut:
a). Rumah Tamu (3 bilik tidur + bilik air/mandi) untuk keluarga sahaja minimum 5 orang.
EGP150.00 satu hari
b). Bilik Tamu (2 single beds – bilik air/mandi di luar).
EGP80.00 satu hari
c). Dorm (bilik air/mandi di luar) untuk pelajar Malaysia sahaja.
EGP3.00 satu hari
15. Semua tetamu hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak pihak pentadbiran DMAK. Tiada keluar masuk bangunan DMAK dibenarkan selepas jam 10:00 malam.
16. Waktu pejabat DMAK dibuka adalah pada hari Ahad-Khamis, jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.