Search
  • Education Malaysia

Nasihat Sempena Cuti Musim Panas 2015


download.jpg 2015-4-27-14:17:8

EME mengucapkan selamat bercuti kepada mahasiswa/i Malaysia yang belajar di Mesir. Cuti yang dijalani saban tahun perlulah dirancang dan diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti membaca buku-buku ilmiah, mengikuti kelas-kelas pengajian di masjid, mendampingi rakan pelajar atau masyarakat tempatan, mengembara melihat tamadun silam, menziarahi para ilmuwan, mempersiapkan diri dengan subjek semester akan datang, mengambil pengalaman menjadi sandaran dalam syarikat-syarikat, hospital, sekolah dan selainnya.

Sukacita juga diingatkan agar semua pelajar hendaklah peka dan patuh dengan undang-undang negara Mesir dan menjaga nama baik negara sepanjang menjalani apa jua aktiviti sepanjang musim cuti ini.

Bagi pelajar yang pulang ke Malaysia, hendaklah balik ke Mesir sebelum kuliah bermula. EME mengingatkan, sebarang kelewatan atau kegagalan untuk menghadiri kuliah setelah pengajian semester 2015/2016 bermula perlu mendapat kelulusan secara bertulis daripada pihak fakulti.

Pihak EME tidak akan melayani mana-mana kes pelajar yang tidak patuh dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Semoga cuti kali ini menjadi lebih bermakna dengan peningkatan ilmu dan nilai tambah kemahiran.


4 views0 comments