Search
  • Education Malaysia

Pihak Education Malaysia Egypt (EME) Mengadakan Perbincangan Bersama Rabitah Alumni Al Azhar dan Mar


Hasil Perbincangan Education Malaysia Egypt (EME)dengan pihak Markaz alLughah dan Rabitah Alumni Al Azhar.

12 Nov 2015 (Khamis) Pihak EME telah mengadakan perbincangan bersama Rabitah Alumni alAzhar dan Markaz Lughah bagi merungkai permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia. Berikut merupakan rumusan perbincangan yang diperolehi;

Tujuan dipanjangkan tempoh pembelajaran mustawa mutaqaddim awal adalah kerana ;

1.Pelajar tidak terlalu lama meninggalkan pembelajaran Bahasa Arab sebelum masuk ke kuliah.

2.Tempoh visa yg diberikan dapat dipanjangkan sehingga masuk ke kuliah.

3.Tempoh pembelajaran selama 2 jam yang pertama lebih berkualiti dibandingkan dengan pembelajaran selama 4 jam berterusan.

4.Pelajar diberi ruang untuk mengikuti kelas tahfiz al Quran secara percuma di masjid Zahra' mulai minggu depan.

5. Pemanjangan waktu kelas akan diberikn tempoh percubaan selama sebulan.

6. Cuti diberi sebanyak satu setengah bulan sebanyak 5 hari dan satu setengah bulan yang berikutnya 5 hari juga.

7. Para pelajar disarankan untuk menulis surat permohonan kepada pihak markaz sebelum bercuti.

8. Visa akan cuba diuruskan oleh pihak markaz ke pejabat imigresen bagi memudahkan urusannya untuk pelajar Markaz.

9. Tiada yuran tambahan untuk tambahan tempoh belajar hanya EGP540 sahaja untuk 3 bulan.

10. Para pelajar akan masuk ke kuliah di universiti al Azhar setelah menamatkan pembelajaran di peringkat Mutamaiyiz di Markaz dan mendapat ifadah najah sahaja.

11. Kenyataan bertulis berkaitan perkara ini akan ditampal di markaz dalam tempoh terdekat.

Semoga para pelajar dipermudahkan bagi menguasai bahasa al-Qur'an dan bahasa ahli syurga.

Sekian, harap maklum.


36 views0 comments