Search
  • Education Malaysia

Kunjungan Pelajar Maahad Qiraat Syubro Dan Mansurah Ke Atas TYT Duta Besar Malaysia


31 Dis 2015 (Khamis) Wakil pelajar Maahad Qiraat Syubro (ikhwah) dan Mansurah (akhawat) telah mengadakan pertemuan ke atas TYT YM Dato' Ku Jaafar Ku Shaari (Pak Ku) Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Palestin di pejabatnya di Muhandisein. Wakil dari pihak EME iaitu usth Norhafizah Abd Kadir turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Tujuan pertemuan tersebut diadakan adalah bagi membincangkan berkaitan isu fail pelajar Qiraat yang baharu, isu pelajar yang telah dibuang dari Maahad kerana masalah kehadiran selain masalah visa pelajar. Berkaitan masalah ini banyak penjelasan yang diberikan oleh TYT Duta serta tindakan-tindakan yang telah diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dibangkitkan oleh mereka.

Semoga dengan pertemuan tersebut, dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi khususnya oleh para pelajar Maahad dan umumnya bagi rakyat Malaysia yang bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Pak Ku berpesan agar kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar isu fail pelajar baharu mendapat jalan penyelesaian yang baik dan dipermudahkan urusannya.


29 views0 comments