Search
  • EME KBMK

MAJLIS APRESIASI ALEX MUMTAZ 2017


16 Januari 2018 - Majlis Apresiasi Alex Mumtaz 2017 telah diadakan buat julung kalinya dan dirasmikan oleh Menteri Penasihat (Pendidikan) Encik Aizal bin Anual.

Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan 88 orang pelajar yang mencapai tahap cemerlang dalam bidang akademik bagi sesi 2016/2017. 55 orang daripada mereka adalah daripada Fakulti Perubatan, 31 orang daripada Fakulti Pergigian dan 2 orang daripada Fakulti Farmasi Universiti Iskandariah.

Dalam ucapan perasmiannya kepada pelajar yang hadir dianggarkan berjumlah melebihi 150 orang, Encik Aizal telah menasihatkan agar semua pelajar tidak hanya memastikan kecemerlangan dalam bidang akademik, malah turut mengambil peluang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan bagi melengkapkan diri dengan pengalaman serta pendedahan yang tidak mungkin diperoleh dalam kelas-kelas pengajian.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk melihat lebih ramai pelajar yang akan diraikan pada tahun-tahun yang akan datang.

EME mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah diraikan pada majlis berkenaan.


4 views0 comments