Siri 2: Pengenalan konsep Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M)
August 6, 2014

Siri 2: Pengenalan konsep Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M)
Objektif MP3M
1. Meningkatkan kematangan mahasiswa dalam melaksanakan konsep "al-Ta'awun ala al-Birri wa al-Taqwa" dalam aktiviti mereka.
2. Sebagai platform dialog antara KBMK dan persatuan-persatuan mahasiswa bagi menyelaraskan aktiviti pembangunan pelajar ke arah menjana kecemerlangan akademik dan pembangunan holistik mahasiswa/i di Mesir seterusnya memantapkan nilai tambah graduan lepasan universiti di Mesir.
3. Melatih para pemimpin persatuan mahasiswa untuk bekerjasama antara satu sama lain secara harmoni dan terbuka biarpun mempunyai fikrah dan kefahaman yang berbeza dalam sesuatu isu untuk kepentingan pembangunan pelajar seluruhnya. Seterusnya meningkatkan keupayaan menganalisa untuk mencari titik temu dalam perselisihan dan perbezaan yang ada.
4. Bertindak sebagai agen memupuk semangat cinta negara, memahami isu kenegaraan dan menjadi imej identiti Malaysia di Mesir.
bersambung...




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018