• Home

  • About Us

  • News & Events

  • Malaysia Hall Cairo

  • EM Worldwide

  • Downloads

  • Contact us

  • Blog

  • More

    Majlis Pelancaran MP3M

    August 30, 2014

     

     

    Majlis Pelancaran MP3M

    28 Ogos 2014(Khamis) KBMK telah mengadakan majlis pelancaran MP3M (Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir) di hotel Ramses Hilton, Kaherah. Majlis bermula jam 10.00pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. MP3M merupakan majlis perundingan pelajar yang menjadi platform bagi persatuan-persatuan pelajar Malaysia di Mesir berbincang dan berunding bagi mencari persefahaman dan merancang aktiviti di peringkat tinggi.
    Majlis dimulakan dengan lagu Negaraku, bacaan doa, taklimat program, kemudian diikuti ucapan Menteri Penasihat Pendidikan.

    Majlis dihadiri oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Menteri Penasihat Pendidikan Prof. Madya Dr. Mohd Radhi Ibrahim, pegawai-pegawai KBMK, EME, Atase- Atase negeri dan pimpinan persatuan-persatuan pelajar yang menyertai MP3M. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Duta, dalam ucapan perasmiannya beliau menegaskan bahawa persatuan-persatuan pelajar yang menyertai MP3M dihargai pandangan mereka. Mereka akan dilibatkan dengan aktiviti yang merentasi aktiviti yang biasa dilakukan dalam persatuan, seperti akan dibawa bersama semasa kunjungan ke atas Menteri, Presiden Universiti, melakukan program internship dengan syarikat-syarikat dan sebagainya. Dalam kunjungan ke atas Menteri dan Presiden Universiti para pimpinan pelajar boleh mengemukakan permasalahan-permasalahan yang mereka hadapi secara langsung kepada pihak berkenaan. Manakala dalam program internship dengan syarikat, para pelajar boleh mendapat kemahiran berkaitan kerjaya secara amali. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan kursus-kursus yang boleh meningkatkan ciri-ciri kepimpinan mereka dan meningkatkan kemahiran kerjaya yang ada kaitan dengan alam pekerjaan sebenar. Banyak perkara yang akan disediakan kepada mahasiswa di Mesir dan MP3M adalah platform terbaik untuk tujuan tersebut. Di samping itu para pelajar boleh meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.

    Dalam sesi wacana di majlis tersebut, banyak idea dan cadangan yang dilontarkan pimpinan persatuan, antaranya mereka inginkan agar pelajar diberi latihan "Outdoor" di samping latihan yang berbentuk kursus dan majlis perbincangan. Ada cadangan agar pelajar yang terkedepan dalam bidang seperti kokurikulum, inovasi, kepimpinan diberi anugerah di samping anugerah dalam bidang akademik. Persoalan visa patut diberi penekanan dan perlu dibuat carta alir atau penerangan cara memperbaharui visa. Di samping itu mereka juga membincangkan masalah- masalah lain yang dihadapi pelajar. Oleh itu MP3M merupakan "platform" perbincangan yang kolektif kerana melibatkan banyak pihak di Mesir.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pimpinan atau wakil persatuan yang hadir.

     

     

     

     

     

     

    Please reload

    Featured Posts

    kunjungan En Goh Muhammad Redhuan, Setiausaha Kedua (Student Liaison Officer)

    September 9, 2018

    UCSI University Announced Scholarship to Egyptian Students

    August 7, 2018

    PROGRAM BULAN BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN

    October 11, 2018

    1/10
    Please reload

    Recent Posts

    PROGRAM BULAN BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN

    October 11, 2018

    kunjungan En Goh Muhammad Redhuan, Setiausaha Kedua (Student Liaison Officer)

    September 9, 2018

    Lawatan Pemantauan Pelajar Tajaan KPM Bidang Qiraat 2018.

    September 8, 2018

    Ujian Penentuan Penguasaan Bahasa Arab Pelajar Baharu Bidang Qiraat 2018

    September 8, 2018

    TYT DUTA BESAR MALAYSIA MENYEMPURNAKAN PERASMIAN PAMERAN KHAT MAHASISWA MALAYSIA MESIR

    September 3, 2018

    SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DI KAHERAH MESIR

    September 1, 2018

    Perhimpunan Penghuni Dewan Besar Malaysia Kaherah (DMAK) bulan Ogos 2018

    August 25, 2018

    Courtesy Call By Abeer Consultant on HE Ambassador

    August 10, 2018

    Minister Counsellor (Education) Launched MAHSA International Office in Egypt

    August 10, 2018

    UCSI University Announced Scholarship to Egyptian Students

    August 7, 2018

    Please reload

    Search By Tags

    KPT

    MOHE

    MalaysiaHall

    Studeis

    Study

    Study in Malaysia

    al azhar

    dmak

    educationmalaysia

    educationmalaysiaegypt

    egypt

    eme

    emegypt

    hbp

    how to

    jabatanpendidikantinggi

    kementerianpendidikantinggi

    kursus

    learn

    malaysia

    malaysia expo

    mp3m

    mysoul

    pembudayaan

    soaringupwards

    sop

    visa

    Please reload

    Follow Us
    • Facebook Classic
    • Twitter Classic
    • Instagram Social Icon
    • YouTube Social  Icon
    FAQ
    Contact Us
    Give us your feedback

    MALAYSIAN AGENCIES

    © 2018 Education Malaysia Egypt. All Rights Reserved.

    • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

    • Embassy of Malaysia, Cairo

    • Ministry of Education

    • Immigration Department