Persidangan Kali Pertama Penjaminan Kualiti Pendidikan Al-Azhar Al-Syarif Bertempat di Al-Azhar Convention Centre
March 12, 2015

Kaherah, 9 Mac 2015: Bertempat di Al-Azhar Convention Centre telah diadakan Persidangan Kali Pertama Penjaminan Kualiti Pendidikan Al-Azhar Al-Syarif (Realiti-Cabaran-Harapan) anjuran National Authority for Quality Assurance and Accreditation of Education (NAQAAE). NAQAAE merupakan satu badan bertanggunjawab di bawah Jabatan Perdana Menteri Mesir yang menyelaraskan penetapan standard pendidikan di Mesir termasuk institusi pendidikan yang dinaungi Al-Azhar Al-Syarif.
Persidangan satu hari ini telah dirasmikan oleh Wakil alAzhar iaitu Prof. Dr. Syeikh Abbas Syuman disamping ia dihadiri oleh Menteri Pendidikan Mesir, Presiden Universiti Al-Azhar, pegawai- pegawai kanan Al-Azhar, para pengetua sekolah, para dekan, dan para alim ulama.
Antara yang diutarakan oleh Wakil Al-Azhar ialah tentang pembaharuan kurikulum Al-Azhar di peringkat sekolah menengah disamping pembentangan kertas kerja berhubung perkembangan rangka kerja penjaminan kualiti yang telah dan akan berjalan di segenap sektor di bawah institusi Al-Azhar.
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah diwakili oleh Menteri Penasihat (Pendidikan), Prof. Madya Dr Hj Mohd Radhi Ibrahim, Ahmad Zakuan Md Khudzari (Setiausaha II) dan Norhafizah Abd Kadir (Setiausaha II). Dalam sidang sumbang saran Dr. Radhi telah mencadangkan bagi meningkatkan kualiti pengajian pelajar Universiti Al-Azhar dengan menguatkuasakan kehadiran kuliah. Ini bagi memastikan pelajar menguasai kefahaman pelajaran yang disampaikan para pensyarah.
Disamping itu, Dr Radhi turut mencadangkan pihak Al-Azhar membuka peluang kepada pelajar wafidin termasuk pelajar Malaysia supaya ditempatkan di Universiti Al-Azhar peringkat cawangan (muhafazah) untuk memberikan pendedahan yang lebih kepada budaya serta penguasaan bahasa dan mengurangkan kesesakan bilik kuliah.




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018