TAUTAN' 15 Bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)
March 29, 2015

26-28 Mac 2015: Program Tautan kali ke empat telah diadakan di DMAK dengan pelbagai aktiviti sukan, kebudayaan dan sosial serta pertandingan khat, lukisan, 'coral speaking' dijalankan selama tiga (3) hari. Program ini adalah merupakan anjuran Biro Sukan, Kebudayaan & Kesenian, JKP DMAK.
Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh TYT YM Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir & Palestin. Turut hadir ialah pegawai-pegawai EME dan Keselamatan KBMK. Manakala malam terakhir program, majlis penutup telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Menteri Penasihat (Pendidikan) merangkap Pengarah EME.
Program seumpama ini diharapkan akan dapat memberi impak yang positif serta memupuk kerjasama dan jalinan ukhuwah siratulrahim di kalangan warga DMAK.




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018