BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA BERSAMA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PELAJAR MESIR
December 16, 2017


14 Disember 2017 - Sebelas (11) pertubuhan pelajar yang berdaftar di bawah Education Malaysia Egypt (EME) telah menghadiri bengkel penyediaan kertas kerja program-program yang bakal dilaksanakan pada tahun 2018 di Bilik Mesyuarat EME jam 3.00 petang waktu tempatan. Turut hadir adalah Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M).
Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Setiausaha Kedua (Pendidikan), Encik Rahmat Bin Abdullah. Wakil-wakil pertubuhan telah diberi pendedahan dan penerangan tentang penyediaan kertas kerja bagi program-program yang telah/akan mereka rancang pada tahun hadapan. Turut diselitkan juga perbincangan berhubung aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2017.
Pihak EME merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh semua wakil pertubuhan.
#SoaringUpwards
#MOHE
#KPT
#educationmalaysia
#kementerianpendidikantinggi
#jabatanpendidikantinggi
#educationmalaysiaegypt
#pelajarmalaysiadimesir
#belajardimesir
#mahasiswamesir




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018