MAJLIS KONVOKESYEN KE-6 FAKULTI PERUBATAN BAGI GRADUAN MALAYSIA DI UNIVERSITI TANTA
February 21, 2018





20 Februari 2018: Tanta - Majlis Konvokesyen Ke-6 Fakulti Perubatan bagi graduan Malaysia di Universiti Tanta telah berlangsung dalam suasana yang penuh gilang gemilang. Dimulai dengan perarakan seramai 123 orang graduan serta tetamu kenamaan dari bangunan fakulti ke Conference Hall yang diiringi oleh pasukan pancaragam, perarakan berhenti seketika di hadapan dewan untuk sesi fotografi.
Majlis Konvokesyen berkenaan turut dihadiri oleh Gabenor el-Gharbiah, Mejar Jeneral Ahmaed Dave Sakhr, Presiden Universiti Tanta, Prof Magdy Sabaa, dan Dekan Fakulti Perubatan, Prof Dr Amgad Abdel Raouf Farahat. Menteri Penasihat (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Encik Aizal bin Anual serta beberapa orang Atase Pendidikan negeri juga hadir bagi memeriahkan majlis konvokesyen berkenaan.
Education Malaysia Egypt mengucapkan tahniah kepada semua graduan, para ibu bapa serta pihak penganjur konvokesyen atas kejayaan penganjuran berkenaan. Selamat maju jaya buat para graduan dalam kerjaya anda!




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018