PELAJAR MALAYSIA BERBAKAT MENYERTAI PAMERAN KHAT DAN SENI HALUS SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA
March 20, 2018









Seramai 15 orang pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir telah terpilih mempamerkan karya masing-masing dalam sebuah pameran yang menghimpunkan karya khat dan hasil seni dalam kalangan wanita. Pameran yang dianjurkan oleh Perpustakaan Iskandariah, Persatuan Khat Mesir dan Bayt AlSinnary itu berlangsung selama 5 hari bermula 18 hingga 22 Mac 2018. Selain peserta dari Malaysia, pameran tersebut turut disertai penggiat seni khat dari Mesir dan selainnya.
Penyertaan pelajar-pelajar perempuan Malaysia ini amat membanggakan kerana telah menunjukkan kemampuan masing-masing dalam mempamerkan karya bermutu dan indah. Pihak EME merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian ini dan berharap agar dapat dikembangkan pada masa akan datang. Penyertaan ini juga membuktikan pelajar perempuan mampu memecah dominasi penulis khat yang selama ini dipelopori oleh penulis lelaki. Syabas dan selamat maju jaya kepada semua penulis khat yang terlibat.
#soaringupwards




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018