Kunjungan Kerja Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir & Palestin Kepada Menteri Pengajian Tinggi Republik Arab Mesir
September 2, 2014

Kunjungan Kerja Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir & Palestin Kepada Menteri Pengajian Tinggi Republik Arab Mesir
02 September 2014, Kaherah: Satu pertemuan telah diadakan oleh YM TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir & Palestin dengan Prof Dr Al Sayed Ahmad Abdel Khaleq, Menteri Pengajian Tinggi Republik Arab Mesir hari ini telah mengukuhkan lagi kerjasama dua hala Malaysia dan Mesir.
Prof Dr Al Sayed Ahmad Abdel Khaleq telah menjemput YM TYT Duta datang ke pejabat beliau di KPT Mesir Qasr el ’ Ain untuk bertukar-tukar pandangan serta menyatakan hasrat untuk belajar dan menimba pengalaman Malaysia dalam bidang pendidikan.
YM TYT Dato ' mengalukan hasrat murni tersebut dengan menyatakan satu program Future Education Relationship Between Malaysia and Egypt akan diadakan pada November 2014 ini. Kesemua Presiden Universiti, Dekan dan Koordinator Malaysian Program di universiti Mesir akan dijemput ke Malaysia bagi melihat lebih dekat sistem pembelajaran dan fasiliti di universiti Malaysia. Kedutaan Besar Malaysia Kaherah juga akan mengadakan Malaysia Week dengan menjemput Institusi Pengajian Tinggi dan sektor pendidikan swasta dari Malaysia bagi mempromosikan pendidikan di Malaysia semasa program tersebut.
Dalam kunjungan ini, Saudara Farhat Zuhairi telah diberi peluang selaku wakil MP3M & pelajar Malaysia untuk mengemukakan sebarang isu kepada Menteri KPT Mesir sendiri. Beliau telah membangkit isu visa pelajar Malaysia dan syarat kemasukan ke Universiti Mesir melalui laman web KPT Mesir.
Sesungguhnya MP3M bukanlah platform biasa malah ia mengangkat suara mahasiswa Malaysia Mesir di satu tahap yang tinggi. Setiap wakil persatuan di dalam MP3M akan diberi peluang untuk bertemu tokoh-tokoh dan kementerian di Mesir serta dapat mengasah bakat kepimpinan masing - masing.
Pertemuan ini turut dihadiri Dr ElHelali ElSherbiny ElHilali, Secretary-General of The Ministry of Higher Education Republic of Egypt dan En. Ahmad Magdy Rashad Second Secretary Department of Asian Affairs . Manakala En Muhammad Imran Ibrahim & En. Ahmad Zakuan Khudzari Setiausaha Kedua Pendidikan KBMK turut sama dalam delegasi kunjungan ini.




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018