MAJLIS TAARUF PELAJAR BAHARU BIDANG PENGAJIAN ISLAM SESI 2017/2018
May 10, 2017
MAJLIS TAARUF PELAJAR BAHARU BIDANG PENGAJIAN ISLAM SESI 2017/201810 Mei 201 (Rabu), Al Saraya Ballroom, Hotel InterCon City Stars: Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) telah menganjurkan Majlis Taaruf Pelajar Baharu Bidang Pengajian Islam bagi pelajar lulusan STAM sesi 2017/2018.Majlis yang dihadiri seramai 1,000 orang pelajar baharu ini telah dirasmikan oleh Dr. Abdullah Muhyi Azb, Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin mewakili Presiden Universiti al Azhar yang baharu. Pada majlis penutup, ustaz Ahmad Zakuan bin Md Khudzari, pemangku Menteri Penasihat (Pendidikan) turut menyampaikan amanat kepada semua pelajar. Turut diundang Syeikh Dr. Ahmed Nabawi, pensyarah di Universiti alAzhar bagi menerangkan tentang Manhaj alAzhar kepada semua para pelajar yang hadir.Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan sistem pembelajaran di Universiti alAzhar, halatuju pelajar, pendedahan isu-isu keselamatan serta fungsi kedutaan ke atas setiap warganegara Malaysia yang berada di luar negara.Para pelajar baharu turut menerima keputusan peperiksaan 'Tahdid Mustawa' yang telah diadakan baru-baru ini di Pusat Bahasa Syeikh Zayed. Pelajar terbaik dalam peperiksaan tersebut, Mohd Nabil Aiman bin Hasbullah telah diberi penghormatan untuk mengetuai bacaan ikrar. Semoga para pelajar baharu dapat memanfaatkan segala maklumat yang disampaikan dan seterusnya berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek terutama bidang akademik.















Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018