Kuliah Jumaat : Huraian Kitab "Penawar bagi Hati" berlangsung di Dewan Besar, Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)
May 30, 2015

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah pada pagi setiap Jumaat kini menjadi lokasi tumpuan pencinta ilmu bagi menghadiri kuliah pengajian. Kuliah Jumaat tersebut disampaikan oleh Ustaz Nazrul Nasir, menghuraikan kitab Penawar bagi Hati karangan Syeikh Abd Kadir al Mandili.
Bermula kuliah kali ketiga, ceramah dipindahkan daripada surau ke dewan besar memandangkan bilangan pelajar, dan rakyat Malaysia yang hadir semakin ramai. Insya Allah kuliah akan diteruskan sehingga khatam kitab dijangka pada November hadapan.
Terima kasih kepada Perwakilan Kaherah yang menganjurkan kuliah ini dengan kerjasama Kelab KBMK. Semoga semua pihak mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan dalam kuliah ini.




Featured Posts
Recent Posts
October 11, 2018
September 8, 2018
September 1, 2018
August 10, 2018